This fantastic man call kurt wenner... sepa nie?? hehee.... He is very talentted tau..meh tengok ckit lukisan dis man.. just a street painting guna just ussing kapur and pastel saja! more bout him kurtWenner.com
Blowin in the wind...~~ Luv this picx...feeling calm~~the wind is blowin up my heart....... *miahahaha...ketenangan wei..no kejinwangan! more than word to say....blableblu!!
''Sorry for not be there"..sangat tidak menyukai ayat ini! klu ada orang yang say this word to me I'll say...[''I live" heeee].....ayat-ayat itu sangat tidak membantu la make me feel more down...maybe some people..do think like dis/me [yang tergolong dlm golongan akuh la ni].
0.. the thought that cross my mind just a few sec b4..0
''Bercita-citalah!Pancangkan cita-cita setinggi mungkin.Iringi dengan dengan kesungguhan,perjuangan, dan pengorbanan untuk mencapainya.Semoga ALLAH SWT merahmati kita dan memperkenankan cita-cita kita..Bercita-citalah bukan hanya untuk dunia,tetapi juga untuk akhirat''..
Rosulullah bersabda,yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari :
''Dan jika kalian meminta pada ALLAH,maka mintala syurga firdaus,sebab ia adalah syurga yang paling tinggi"
Cita-cita...
Sahabat..Ingatlah,impian adalah titik mula gerak langkah kita,kesungguhan dan keyakinan kita bakal menentukan titik akhirnya!
Ajah-ajah fatin....mulakan langkah ko! pengorbanan+kesungguhan+keyakinan+ doa = kejayaan dunia akhirat NsyaALLAH.
All these sumer taiko writers dlm field literature.Their works are awesome.spellbinding.fantastic.[O.O].take ur pick
*Machiavelli-the famous Niccolo Machiavelli who wrote The Prince
*Poe-THE Edgar Allan Poe.writer of petala ke lapan masterpieces.He’s from Richmond ;D
*Hemingway-THE Ernest Hemingway.The Old Man and The Sea is…*speechless*.For Whom the Bell Tolls…*sigh*.dun get me started.ah yes…he’s Florida-made.Key West actually ;)
*Orwell-George Orwell.The Animal Farm ngan 1984 are his famous work.ahaha…very good satire.I love The Animal Farm.
*Dickinson-Emily Dickinson.Her poems’re just… =) even the dark ones
*Dickens-Charles Dickens!Oliver Twist..Great Expectation…Christmas Carol…Tale of Two Cities…Pickwick Papers…Hard Times..David Copperfield… haiyoh…It’s Dickens!!
*Hugo-bukan Hugo Boss cologne tu.Nie Victor Hugo[Kalau kat Mesia Shahnon Ahmad is nicknamed the Malaysian Victor Hugo ;) that’s why I love Shahnon).Hugo’s famous hmm…Hunchback of Notre Dame?And Les Miserables too.Saper pernah tengok Les Miserables on stage? =)
*Aristotle-the ancient Greek guy..i mean philosopher.anak murid Plato
*Tolstoy-Leo Tolstoy.Russian writer.Childhood.Boyhood.Anna Karenina.But i love ol’Tolstoy himself.aint just his books
*Coleridge-Samuel Taylor Coleridge.Poet.I love his definition of poem/sajak. ehe...good ol days of literature
*Wordsworth-William Wordsworth.satu geng dengan Coleridge =)
*Shakespeare-self explanatory ;p
*Gershwin-George Gershwin.Jazz pianist.Rhapsody is Blue is faaantaaastic =)
*Bond-Bukan James Bond.Nie quartet yang main violin,viola ngan cello letrik tu.Diorang nyer classical pieces best,yg pop pun best.
*Yanni-A great contemporary pianist.He’s a guy
*Kotz-Dave Kotz.Plays the sax.Lebih kurang satu league ngan Kenny G la.
Masjid Sultan Gaboos..
Subhanallah chantek tul ni!
OMAN bukan destinasi utama bagi rakyat Malaysia untuk bercuti, membeli belah, menyambung pengajian atau berniaga. Justeru, tidak mustahil bila menyebut saja nama negara itu, tidak ramai yang mengetahui lokasinya atau mengenalinya secara mendalam berbanding destinasi lain di Asia Barat.Tanggapan pertama, tiada apa yang istimewa mengenai Oman sehingga penulis tidak begitu teruja untuk melawat negara Arab itu apabila ditugaskan ke sana atas undangan Kementerian Penerangan Oman. Bagaimanapun, selepas mengunjungi negara itu, terutama ibu kota Muscat dan bandar Salalah selama seminggu baru-baru ini, membuka minda penulis bahawa Oman sebenarnya unik dan berbeza dengan negara lain. Keistimewaannya bukan kerana kaya dengan sumber minyak dan gas, sebaliknya kejayaannya mengimbangi nilai tradisi budaya Arab dan ajaran Islam dalam kemajuan negara yang mengamalkan dasar pemodenan dan keterbukaan.Hasilnya, Oman antara negara yang dikategorikan selamat dikunjungi, aman damai dan bersih sehinggakan Duta Besar Amerika Syarikat ke Oman boleh bersiar-siar bebas di Muscat tanpa seorang pun pengawal pengiring.
Sukar juga melihat sampah sarap bertaburan walaupun di pasar basah, remaja melepak dan berpakaian menjolok mata. Kebanyakan rakyatnya berpakaian tradisi menutup aurat, baik lelaki mahupun perempuan sama ada untuk bersiar-siar atau bekerja.
Bagi yang suka menikmati kehidupan kota raya yang hiruk pikuk, dengan bangunan tersergam tinggi, yang menjanjikan hiburan malam mengasyikkan seperti bandar raya utama dunia lain, Oman bukanlah pilihan yang tepat. Hanya mereka yang suka menikmati dan menghayati keindahan alam semula jadi yang mendamaikan saja menemuinya di Oman, kerana buminya kaya dengan pemandangan menarik.Gunung ganangnya terbentang luas, hamparan gurun gersang, unta berkeliaran, wadi menghijau dengan tanaman pokok kurma, laut membiru dengan hasil perikanan lumayan, sungai jernih dan tinggalan sejarah nabi yang dijaga rapi. Dari jauh juga kelihatan bangunan moden dan lama yang nampak sekata dengan warna sama iaitu putih dan warna tanah coklat lembut walaupun rumah itu rumah mewah kepunyaan golongan kaya raya.
Rakyatnya yang 99.9 peratus beragama Islam juga ramah tamah dan lemah lembut budi bicara dan perbuatan, menepis anggapan rakyat benua Arab terdiri dari mereka yang bertingkah laku kasar dan ganas. Golongan wanita juga diiktiraf, hak mereka sama dengan kaum lelaki seperti di Malaysia sama ada dari lapangan politik, ekonomi dan sosial. Mereka diberi peluang untuk mengundi, menjawat jawatan tinggi termasuk menteri kabinet dan memandu kenderaan tidak seperti di sesetengah negara Arab lain yang menyimpan kaum wanita di rumah. Dengan jumlah populasi penduduk yang rendah sekitar tiga juta berbanding keluasan muka buminya yang dianggap kedua terbesar di rantau Arab, Oman sesuai dijadikan destinasi untuk berehat bersama keluarga selain mencari rezeki. Ia kerana gaji di negara itu tinggi walaupun bekerja sebagai buruh, pelayan hotel atau pembantu rumah. Tidak hairanlah, negara itu menjadi lubuk rezeki kepada ramai rakyat dari negara membangun seperti Indonesia, Filipina, India, Pakistan dan Bangladesh. Mereka bukan saja terdiri daripada pekerja kelas bawahan yang terbabit dalam sektor yang tidak diminati rakyat Oman seperti pembinaan, pembersihan atau perhotelan, malah turut menguasai ekonomi negara dengan membabitkan diri dalam pelbagai jenis perniagaan seperti hartanah, perhotelan dan pusat beli-belah. Kebanjiran rakyat asing yang hampir separuh dari penduduk Oman ini, tidak sesekali mengancam kehidupan rakyat tempatan..Rakyat Oman masih hidup mewah dengan menerima upah tinggi walaupun berpangkat rendah di sektor awam. Kebanyakan mereka mampu memiliki kereta mewah, dengan jenama yang tidak banyak dipasarkan di Malaysia.
Malah, rakyat pedalaman termasuk orang Badwi yang tinggal di padang pasir juga memiliki kereta besar seperti pacuan empat roda bagi memudahkan pergerakan selain tinggal di rumah batu sekurang-kurangnya rumah dua tingkat.
Kekayaan mereka itu hasil keprihatinan pemerintah yang ditunjangi Sultan Qaboos Said yang jelas tidak meminggirkan rakyat jelata di sebalik kemewahan hasil bumi negaranya.
Rakyat tidak dikenakan sebarang cukai pendapatan, pendidikan dan perubatan diberi percuma malah kos sara hidup warga tua kurang kemampuan juga ditanggung sepenuhnya sehingga tiada keperluan diwujudkan rumah kebajikan.
Ini kerana sekiranya tiada saudara mara terdekat, keluarga jauh dipertanggungjawab menjaga warga tua ini. Kualiti hidup mereka juga tinggi, masa bersama keluarga banyak kerana waktu kerja sektor kerajaan hanya sekitar jam 7.30 pagi hingga 2.30 petang.
Inilah antara keistimewaan Oman yang tidak terdapat di negara lain. Oman mempunyai kemudahan prasarana moden dan canggih, seperti lebuh raya besar tanpa tol, namun pada masa sama rakyatnya secara rela dan bangga mengekalkan nilai tradisi dan ajaran Islam.
FAKTA: Oman
·Ibu negara:Muscat.
·Sembilan Wilayah: Muscat, Al Dakhiliyah, Al Batinah, Al Wusta, Al Sharqiyah, Al Dhahirah, Musandam, Dhofar dan Al Buraimi.
·Ketua negara: Sultan Qaboos Said.
·Agama rasmi: Islam.
·Keluasan: 309,500 kilometer persegi.
·Jumlah penduduk: 3 juta.
·Bahasa Rasmi: Arab, bahasa Inggeris turut digunakan secara meluas.
·Mata Wang: Omani Rial(OR).
·Kadar Tukaran Asing: RM1 = OR10 atau AS$1 = 0.384OR.
·Industri Utama: Minyak, gas asli, pertanian dan perikanan.
·Rakyat asing: India dianggarkan 650,000 orang, Bangladesh (220,000 orang), Pakistan (150,000 orang), Sri Lanka (70,000 orang); Filipina (45,000 orang), Indonesia (20,000 orang).
·Rakyat Malaysia yang menetap di sana hanya sekitar 500 orang dan kebanyakan bekerja dalam bidang profesional dengan syarikat perkapalan dan petroleum.
·Iklim : Berbeza mengikut tempat, di kawasan pantai cuaca panas tetapi di kawasan pedalaman cuaca panas dan kering. Pada musim sejuk, suhu lazimnya 15 darjah Celsius, manakala musim panas suhu boleh mencecah sehingga 38
darjah Celsius di Muscat dan setinggi 54 darjah Celsius di padang pasir Waktu paling sesuai melawat Oman : Antara Oktober dan April (cuaca tidak terlalu panas)
·Lokasi tarikan pelancong: Tempat membeli-belah (Muttrah Souq, Nizwa Souq, Haffa Souq, Sinaw Souq); pusat beli-belah (Kompleks Al Araimi, Kompleks Al Harthy dan Plaza Al Khamis); muzium (Bait Adam, Bait Al Baranda, Bait Al Muzna, Bait Al Zubair; kubu (Al Hazm, Jabrin Khasab, Bahla).
Bagaimana ke sana? Menaiki penerbangan Etihad Air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan transit di Lapangan Terbang Abu Dhabi sebelum berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Muscat (MIA), Oman atau Oman Air dari MIA ke Salalah atau dari Dubai menggunakan Oman Air, Kuwait Airways dan Saudi Arabian Airlines, dari Kuwaits bersama Kuwaits Airways dan dari Riyadh (Saudi Arabian Airlines).
Subhanallah...indah tul bumi Oman ni..teringin pla maw pegi Oman satu ari nanti...NsyaAllah!
Kalo la Malaysia ni macam tu kan...waa..bahagia Dunia Akhirat...walaupun kemodenan dan kemajuaan menjadi misi utama..tetapi Agama seharusnya menjadi keutamaan..tapi bersyukur juga jadi warga Malaysia nie...besok merdeka day..eppy merdeka la ^_^.
19 + 5 + 1990 = 2014 2 + 0 + 1 + 4 = 7 Nombor Tarikh Lahir anda ialah : 7
7. Intelektual
Golongan ini adalah Pencari. [ ya...masih mencari]
Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. [ermmm....true is sumtys kin sakit..but at the end walaupun memang sukar maw terima tapi..kena juga la!]
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka...[xbtol..selalu tepengaruh oleh perasan ney]
Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. [ ya..tapi kena fair and square la kn..]
Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. [ahli falsafah? ya kerap sendirian...comfortable lagi]
Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.[ermmm i doubt vice versa..]
Mereka sangat suka berahsia.[ 99%]
Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar. [HIDUP MESTI BERANI TERIMA KENYATAAN ba...]
Im studying atINSTEDT *the picx* the receptionist corner of my kolej.. xda gambar kolej heee..picxless la *_*
Taking "Diploma In Nursing" Batch 2007-2010 Will graduated at Jun 2010 NsyaALLAH *me at the 1st line 6 from left.
Life is not going to be easy.... Dealing with the past and living the present and fighting for the future.. "life breaks us all,but in the end ,we are stronger in the broken places bak kata Hemingway....."
#Lencana sekolah....student yang create ni lupa da nama student putera tu yang penting adek kepada Kak Dayang..ketua hostel aspuri masa form1. Berilmu,beramal dan bertaqwa..(",).
#Pandangan banggunan pentadbiran dan akademic dari masjid..yang tengah-tengah tu dataran An-Nur tempat buat himpunan setiap pagi.
# Gerbang masuk SEMEKAR.
# Masjid As-Shafee.
#My class..miss this class and ol de class mate! [fazri (in sum Islamic kolej kk).Kumaini (ukm), Azizi (ustaz d labuan),Safaruddin,Ridzlan,Adam (p0ly@ustaz),Alisah,Rafidah(kkm Tawau), Hafsah(upsi),Musfirah(giatmara),Haizun(uitm), Manja,Aisah(masteskill),Haiza(kuis),fadilla, Suziwati(uitm),seha(uitm),shiella(poly),Ali(upsi) Rafie(kolej d pahang),Ahidin,Ipik(uitm).Jairul and syukri.
The tell-tale signs that you are indeed addicted to books!
1) You know you're a bookaholic when... all the local librarians know you by name?
= dulu di sekula iya la..librarians lagi ba ni hee..but here nda di kenal..jau ba..transpot pun xda.
2) You know you're a bookaholic when...you take your book everywhere you go.?
= yeah..absolutely even hangout ngan bff i bring a book..most of the tym mag's la..
3) If you LOVE the smell of musty pages!
=aaaahh..no la xsuka...tapi klu buku tu best iyala sanggup juga terbau hee..
4) You know you're a bookaholic when...you can't leave a bookstore without buying something, even when you have a "to-be-read" pile a mile high?
= yeah...sanggat betul!!!! must buy oooo...
5) When it even rubs off on your kids: "What should we do today kids?" :Is the library open?" "No, not today." "How about the used book store, then?" "No, not today." "Well, how about the mall book store?" "The mall on a Sunday? It'll be swamped." "Let's just stay home, then. can finish my book."
= Hahahaha.....iya..iya!
6) When you google "books read by famous people" so you can get new suggestions of books to read.
= LOL I do that a lot.. :P
Yeah..tahap cronic rajin klu maw bli buku,baca buku..tapi klu malas....xda tandingan ba hahaa.... bookaholic....bookaholik...bookaholic................*_*
Dalam kita menghadapi ujian ...... Pasti ada jalan keluarnya......
Sebagai langkah pertama cuba fahami dan hayatilah pesanan Nabi Muhammad SAW yang berbunyi "sebaik-baik ibadah ialah sabar menunggu jalan keluar". Ini bermakna tidak ada satu ujian pun yang akan kekal. Mana mungkin ada malam yang tidak ada siang, pagi tanpa digantikan dengan petang, mana mungkin banjir berpanjangan dan tidak akan terjadi kemarau berpanjangan. Jika ini kenyataan yang terjadi bermakna Allah tidak pernah tidak adil pada makhluknya. Bagi memperhatikan lagi cinta Allah pada makhluk-Nya dan membuktikan lagi kehebatan Allah Yang Maha Adil maka dibekalkan makhluk-Nya dengan pesanan melalui surah Hud :81 yang berbunyi "bukankah Subuh itu sudah tiba." Subuh bermakna betapa pun panjangnya malam pekat pasti akan bertemu dengan waktu tamatnya.
Oleh iu betapa pun berat dan panjangnya penderitaan yang ditanggung oleh hamba Allah, Dia telah menjelaskan pasti Allah menemukan saat penyembuhan untuk keluar daripada permasalahan itu. Subuh bermakna cahaya fajar bagi orang yang ditimpa kesedihan itu telah menyerlah. Maka pandai-pandailah merasai sapaan dan sentuhan suria pagi, tunggulah panasnya bebola mentari pagi sebagai tanda bahawa kemenangan telah datang dari Yang Maha Berkuasa.
Oleh itu laluilah kehidupan dengan keyakinan,dan rasailah sentuhan Allah tidak pernah putus daripada kita hamba-Nya. Ini dipastikan dalam janji Allah bahawa Allah tidak pernah mengantuk, tidak pernah penat, berhenti mengurus langit dan bumi serta seluruh isinya. Anggaplah suatu permasalahan itu sebagai seperti seutas tali. Jika tali itu sudah sangat tegang, maka ia akan segera putus. Ertinya jika persoalan itu sudah kritis atau matang, maka tunggu kerana ia pasti akan berhenti dan ditemukan dengan jalan keluar. Allah akan pastikan setiap kesedihan dan kegembiraan itu menemui penghujungnya.
Ini ditegaskan lagi oleh Allah, "dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan kemudahan dalam urusannya (QS Ath-Thalaq:4). Ini janji Allah yang sangat pasti, maka bangunkan keyakinan dan panjatkan doa dan kesedihan kepada-Nya, pasti kita akan berasa bahawa kesedihan tidak berpanjangan kerana Allah tidak membenarkan keadaan itu terjadi selagi kita hambanya tidak berputus asa dari rahmat Allah. Sebab itu Allah menjanjikan, "maka, sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan." (QS Al: Insyirah:5-6) Dengan syarat kita yakin sepenuhnya bahawa apa yang kita lakukan kerana Allah dan mahu mendapat reda Allah, bukan kerana manusia.
Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah fatin....
"Setiap perkara yg datang sebelum kita hendak, adalah sebab Allah mengetahui kita perlukannya... Perkara yang kita hendak tapi masih belum dapat2, adalah sebab Allah tahu apa yang akan terjadi selepas... kita dapat... Sesungguhnya, Allah lebih mengetahui masa yang terbaik utk kita...." hmm... everything happens for a reason....
As for me.....
kadangkan tak ingin pun sesuatu itu terjadi....rasa sedih sanggat.... Tapi Kena belajar terima semuanya dengan seadanya...NsyaALLAH.. Walaupun pahit..tapi Allah lebih mengetahui segalanya apa yang tersirat dan tersurat di sebalik semua kejadiaan..... khas tuk sahabat tersayang....mau minta maaf tul ngan kau....baik2 ja^_^
Yaa Allah! Jadikanlah Puasa Ku Sebagai Puasa Orang-Orang Yang Benar- Benar Berpuasa. Dan Ibadah Malam Ku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang Benar-Benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah Aku Dan Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosa Ku ... Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah Aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa.
Doa Hari ? 2
Yaa Allah! Dekatkanlah Aku Kepada Keridhoan-Mu Dan Jauhkanlah Aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah Aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dad Semua Pengasih!!
Doa Hari ? 3
Yaa Allah! Berikanlah Aku Rezki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah Aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bagian Untuk Ku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!
Doa Hari ? 4
Yaa Allah! Berikanlah Kekuatan Kepada Ku, Untuk Menegakkan Perintah- Perintah-Mu, Dan Berilah Aku Manisnya Berdzikir Mengingat-Mu. Berilah Aku Kekuatan Untuk Menunaikan Syukur Kepada-Mu, Dengan Kemuliaan-Mu. Dan Jagalah Aku Dengan Penjagaan-Mu Dan Perlindungan- Mu, Wahai Dzat Yang Maha Melihat.
Doa Hari ? 5
Yaa Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Memohon Ampunan, Dan Jadikanlah Aku Sebagai Hamba-Mu Yang Sholeh Dan Setia Serta Jadikanlah Aku Diantara Auliya'-Mu Yang Dekat Disisi-Mu, Dengan Kelembutan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Pengasih Di Antara Semua Pengasih.
Doa Hari ? 6
Yaa Allah! Janganlah Engkau Hinakan Aku Karena Perbuatan Maksiat Terhadap-Mu, Dan Janganlah Engkau Pukul Aku Dengan Cambuk Balasan- Mu. Jauhkanlah Aku Dari Hal-Hal Yang Dapat Menyebabkan Kemurkaan-Mu, Dengan Anugerah Dan Bantuan-Mu, Wahai Puncak Keinginan Orang-Orang Yang Berkeinginan!
Doa Hari ? 7
Yaa Allah! Bantulah Aku Untuk Melaksanakan Puasanya, Dan Ibadah Malamnya. Jauhkanlah Aku Dari Kelalaian Dan Dosa-Dosa Nya. Dan Berikanlah Aku Dzikir Berupa Dzikir Mengingat-Mu Secara Berkesinambungan, Dengan Taufiq- Mu, Wahai Pemberi Petunjuk Orang- Orang Yang Sesat.
Doa Hari ? 8
Yaa Allah! Berilah Aku Rezki Berupa Kasih Sayang Terhadap Anak-Anak Yatim Dan Pemberian Makan, Serta Penyebaran Salam, Dan Pergaulan Dengan Orang-Orang Mulia, Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Tempat Berlindung Bagi Orang-Orang Yang Berharap
Doa Hari ? 9
Yaa Allah! Sediakanlah Untuk Ku Sebagian Dari Rahmat-Mu Yang Luas, Dan Berikanlah Aku Petunjuk Kepada Ajaran-Ajaran-Mu Yang Terang, Dan Bimbinglah Aku Menuju Kepada Kerelaan-Mu Yang Penuh Dengan Kecintaan- Mu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu.
Doa Hari ? 10
Yaa Allah! Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Bertawakkal Kepada-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang- Orang Yang Menang Disisi-Mu, Dan Jadikanlah Aku Diantara Orang-Orang Yang Dekat Kepada- Mu Dengan Ihsan-Mu, Wahai Tujuan Orang-Orang Yang Memohon.
Doa Hari ? 11
Yaa Allah! Tanamkanlah Dalam Diriku Kecintaan Kepada Perbuatan Baik, Dan Tanamkanlah Dalam Diriku Kebencian Terhadap Kemaksiatan Dan Kefasikan. Jauhkanlah Dariku Kemurkaan-Mu Dan Api Neraka Dengan Pertolongan-Mu, Wahai Penolong Orang-Orang Yang Meminta Pertolongan.
Doa Hari ? 12
Yaa Allah! Hiasilah Diriku Dengan Penutup Dan Kesucian. Tutupilah Diriku Dengan Pakaian Qana'ah Dan Kerelaan. Tempatkanlah Aku Di Atas Jalan Keadilan Dan Sikap Tulus. Amankanlah Diriku Dari Setiap Yang Aku Takuti Dengan Penjagaan-Mu, Wahai Penjaga Orang-Orang Yang Takut.
Doa Hari ? 13
Yaa Allah! Sucikanlah Diriku Dari Kekotoran Dan Kejelekan. Berilah Kesabaran Padaku Untuk Menerima Segala Ketentuan. Dan Berilah Kemampuan Kepadaku Untuk Bertaqwa, Dan Bergaul Dengan Orang-Orang Yang Baik Dengan Bantuan-Mu, Wahai Dambaan Orang-Orang Miskin.
Doa Hari ? 14
Yaa Allah! Janganlah. Engkau Hukum Aku, Karena Kekeliruan Yang Ku lakukan. Dan Ampunilah Aku Dari Kesalahan-Kesalahan Dan Kebodohan. Janganlah Engkau Jadikan Diriku Sebagai Sasaran Bala' Dan Malapetaka Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Kemuliaan Kaum Muslimin.
Doa Hari ? 15
Yaa Allah! Berilah Aku Rezki Berupa Ketaatan Orang-Orang Yang Khusyu'. Dan Lapangkanlah Dadaku Dengan Taubatnya Orang-Orang Yang Menyesal, Dengan Keamanan-Mu, Wahai Keamanan Untuk Orang-Orang Yang Takut.
Doa Hari - 16
Yaa Allah! Berilah Aku Kemampuan Untuk Hidup Sebagaimana Kehidupan Orang-Orang Yang Baik. Dan Jauhkanlah Aku Dari Kehidupan Bersama Orang-Orang Yang Jahat. Dan Naungilah Aku Dengan Rahmat-Mu Hingga Sampai Kepada Alam Akhirat. Demi Ketuhanan-Mu Wahai Tuhan Seru Sekalian Alam.
Doa Hari ? 17
Yaa Allah! Tunjukkanlah Aku Kepada Amal Kebajikan Dan Penuhilah Hajat Serta Cita-Cita Ku. Wahai Yang Maha Mengetahui Keperluan, Tanpa Pengungkapan Permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui Segala Yang Ada Didalam Hati Seluruh Isi Alam. Sholawat Atas Mohammad Dan Keluarganya Yang Suci.
Doa Hari ? 18
Yaa Allah! Sedarkanlah Aku Akan Berkah-Berkah Yang Terdapat Di Saat Saharnya. Dan Sinarilah Hatiku Dengan Terang Cahayanya Dan Bimbinglah Aku Dan Seluruh Anggota Tubuhku Untuk Dapat Mengikuti Ajaran-Ajarannya, Demi Cahaya-Mu Wahai Penerang Hati Para Arifin.
Doa Hari ? 19
Yaa Allah! Penuhilah Bagianku Dengan Berkah-Berkahnya, Dan Mudahkanlah Jalanku Menuju Kebaikan-Kebaikannya. Janganlah Kau Jauhkan Aku Dari Ketertedmaan Kebaikan- Kebaikannya, Wahai Pembed Petunjuk Kepada Kebenaran Yang Terang.
Doa Hari ? 20
Yaa Allah! Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Sorga Dan Tutupkanlah Bagiku Pintu-Pintu Neraka, Dan Berikanlah Kemampuan Padaku Untuk Membaca Ai-Quran Wahai Penurun Ketenangan Di Dalam Hati Orang-Orang Mu'min.
Doa Hari ? 21
Yaa Allah! Berilah Aku Petunjuk Menuju Kepada Keridhoan- Mu. Dan Janganlah Engkau Bed Jalan Kepada Setan Untuk Menguasaiku. Jadikanlah Sorga Bagiku Sebagai Tempat Tinggal Dan Peristirahatan, Wahai Pemenuh Keperluan Orang- Orang Yang Meminta.
Doa Hari ? 22
Yaa Allah! Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Karunia-Mu, Turunkan Untuk ku Berkah-Berkah Mu. Berilah Kemampuan Untuk ku Kepada Penyebab- Penyebab Keridhoan-Mu, Dan Tempatkanlah Aku Di Dalam Sorga-Mu Yang Luas, Wahai Penjawab Doa Orang-Orang Yang Dalam Kesempitan.
Doa Hari ? 23
Yaa Allah! Sucikanlah Aku Dari Dosa-Dosa, Dan Bersihkanlah Diriku Dari Segala Aib. Tanamkanlah Ketaqwaan Di Dalam Hatiku, Wahai Penghapus Kesalahan Orang-Orang Yang Berdosa.
Doa Hari ? 24
Yaa Allah! Aku Memohon Kepada-Mu Hal-Hal Yang Mendatangkan Keridhoan- Mu, Dan Aku Berlindung Dengan- Mu Dan Hal-Hal Yang Mendatangkan Kemarahan-Mu, Dan Aku Memohon Kepada-Mu Kemampuan Untuk Mentaati-Mu Serta Menghindari Kemaksiatan Terhadap-Mu, Wahai Pemberi Para Peminta.
Doa Hari ? 25
Yaa Allah! Jadikanlah Aku Orang-.Orang Yang Menyintai Auliya-Mu Dan Memusuhi Musuh-Musuh Mu. Jadikanlah Aku Pengikut Sunnah-Sunnah Penutup Nabi-Mu, Wahai Penjaga Hati Para Nabi.
Doa Hari ? 26
Yaa Allah! Jadikanlah Usaha ku Sebagai Usaha Yang Di syukuri, Dan Dosa-Dosa ku Di ampuni, Amal Perbuatan Ku Diterima, Dan Seluruh Aib ku Di tutupi, Wahai Maha Pendengar Dan Semua Yang Mendengar.
Doa Hari ? 27
Yaa Allah! Rizkikanlah Kepadaku Keutamaan Lailatul Qadr, Dan Ubahlah Perkara-Perkara ku Yang Sulit Menjadi Mudah. Terimalah Permintaan Maafku, Dan Hapuskanlah Dosa Dan Keslahanku, Wahai Yang Maha Penyayang Terhadap Hamba- HambaNya Yang Sholeh.
Doa Hari ? 28
Yaa Allah! Penuhkanlah Hidupku Dengan Amalan-Amalan Sunnah, Dan Muliakanlah Aku Dengan Terkabulnya Semua Permintaan. Dekatkanlah Perantaraanku Kepada-Mu Diantara Semua Perantara, Wahai Yang Tidak Tersibukkan Oleh Permintaan Orang-Orang Yang Meminta.
Doa Hari ? 29
Yaa Allah! Liputilah Aku Dengan Rahmat Dan Berikanlah Kepadaku Taufiq Dan Penjagaan. Sucikanlah Hatiku Dan Noda-Noda Fitnah Wahai Pengasih Terhadap Hamba- HambaNya Yang Mu'min.
Doa Hari ? 30
Yaa Allah! Jadikanlah Puasa ku Disertai Dengan Syukur Dan Penerima Di Atas Jalan Keridhoan-Mu Dan Keridhoan Rasul. Cabang-Cabangnya Kokoh Dan Kuat Berkat Pokok-Pokoknya, Demi Kenabian Mohammad Dan Keluarganya Yang Suci, Dan Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian
Day 1st in Ramadhan heheee.... ALHAMDULILAH..tahun ni dapat sambut gak...... walaupun jau dari umah tapi ajah2 ma kan.... semalam kaci abis solat sunat terawih ma kawanz2 yang nda blik kg......semput juga la hehe tapi xpa.....terasa diri ni menghidupkan lagi hikmah ramadhan juga NsyaALLAH.. tah petang ni maw buka apa la ni....ermmmmm malas ow maw g bazar... g cafe pun jadi la ni....
Untuk abah,mama,ayn,iha,nuar,eja, ngan adeq..mat cambut bulan posa...... Untuk semua kawan2 selamat juga huhuhu....
"Ya ALLAH jadikanlah Ramadhan kali ini penuh makna pada kami semua muslimin dan muslimat, agar kami dapat menjalankan puasa dengan sabar dan dengan rahmat keredhaan dari mu ...ameen"
I can almost see it That dream I'm dreaming but There's a voice inside my head sayin, You'll never reach it, Every step I'm taking, Every move I make feels Lost with no direction My faith is shaking but I Got to keep trying Got to keep my head held high
There's always going to be another mountain I'm always going to want to make it move Always going to be an uphill battle, Sometimes I'm gonna to have to lose, Ain't about how fast I get there, Ain't about what's waiting on the other side It's the climb
The struggles I'm facing, The chances I'm taking Sometimes they knock me down but No I'm not breaking I may not know it But these are the moments that I'm going to remember most yeah Just got to keep going And I, I got to be strong Just keep pushing on, cause
There's always going to be another mountain I'm always going to want to make it move Always going to be an uphill battle, Sometimes I'm gonna to have to lose, Ain't about how fast I get there, Ain't about what's waiting on the other side It's the climb
There's always going to be another mountain I'm always going to want to make it move Always going to be an uphill battle, Sometimes you going to have to lose, Ain't about how fast I get there, Ain't about what's waiting on the other side It's the climb
Keep on moving Keep climbing Keep the faith baby It's all about It's all about The climb Keep the faith Keep your faith
Islam merupakan agama yang syumul mencangkupi semua masyarakat dan bidang semenjak insan yang pertama Adam a.s sehinggalah Nabi utusan akhir zaman Muhammad S.A.W. Islam merupakan sebuah agama yang cukup lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin mencintai dan dicintai. Untuk apa Allah Taala menciptakan manusia mempunyai fitrah seperti ini jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah Taala untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaannya. Rasulullah S.A.W pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak berkahwin. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui dan mengiktiraf fitrah manusia yang ingin mendambakan cinta. Namun persoalannya, bagaimana cara terbaik untuk menyalurkan cinta suci ini selari dengan kehendak Allah Taala dan Rasulullah S.A.W mengikut era semasa?
Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termeterainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu selepas lafaz Ijab dan Qabul. Islam telah menggariskan suatu panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini dengan cara lebih selamat. Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidup, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi bagi menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan tuan empunya diri dan terus menyatakan niat hati. Kemudian mereka bercinta, berjanji sumpah setia dan berkenalan dalam masa terlalu lama. Sedangkan ibu bapa mereka langsung tidak tahu akan perhubungan mereka ini. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, emak dan ayah tidak bersetuju dengan pilihan hati. Akhirnya mengakibatkan hubungan kekeluargaan menjadi keruh. Terlebih malang tidak mendapat kerestuan ibu bapa, maka jauhlah keberkatan hidup si anak.
Oleh itu, selepas menyatakan niat kepada ibu bapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali mereka dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi akan diikat menjadi pasangan tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah haram perempuan itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadith baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar atau sebaliknya. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan. Namun begitu bertunang bukan merupakan satu tiket yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesraan seperti pasangan suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga atau mahramnya. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu menjaga batasan-batasan syara'. Jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan boleh diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.
Bolehkah Bercinta Sebelum Kahwin?
Secara kasarnya ada sesetengah ulama’ menganggap bercinta itu halal (harus) tetapi jumhur ulama’ lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama’ fiqh terdapat beberapa ulama’ yang merupakan ahli pencinta yang hebat seperti Daud az Zahiri yang merupakan Imam Mazhab az Zahiri.
Baiklah, penulis akan mengungkapkan beberapa hujah di sebalik bercinta sebelum berkahwin dibolehkan dan diharamkan, namun keputusan terakhir adalah berdasarkan pertimbangan akal yang sihat, di mana melihat isu ini mengikut kesesuaian diri masing-masing.
Pandangan pertama: Bercinta merupakan antara fitrah insani penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada ber-couple dan bercinta walaupun cara dan kaedah mereka nampak Islamik (menjaga hawa nafsu dari maksiat), termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum Ijab dan Qabul. Jika bercinta dianggap sebagai mukaddimah pada perkahwinan, maka ber-couple (kaedah Islamik) pula dianggap sebagai mukaddimah pada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain, kecuali bagi mereka berkahwin atas pilihan keluarga. Ber-couple yang penulis maksudkan ialah bukan berdua-duaan sehingga timbul fitnah antara lelaki dan perempuan bukan mahram, tetapi hanya sekadar ingin menyatakan luahan hati dan bersedia mengambil pasangan masing-masing sebagai calon suami dan isteri. Jangan salah andaian. Bercinta dianggap berguna jika dapat membawa pada kebaikan kepada kedua-dua pasangan. Sebagai contoh ber-couple dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumahtangga adalah berguna kerana membawa kebaikan. Maka sini terbentuk pula keluarga, dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.
Pandangan Kedua: Namun dari sudut lain, bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Ber-couple dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukaddimah pada perkahwinan sebaliknya mukaddimah pada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang. Bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu ber-couple dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk ber-couple dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal. Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah Taala iaitu perzinaan.
Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubungkait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan. Jawapannya ada dalam diri anda dengan menggunakan pertimbangan akal yang sihat, kaji selidik dan pertimbangan Iman yang mana bertepatan dengan ajaran Islam. Manusia yang diamanahkan Allah Taala sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival dan kemandiriannya sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak bercinta (tidak semua), kita akan pupus di dunia dan sudah tentu menyalahi amanah Allah Taala itu. Tetapi jika bercinta itu membawa ke arah kebinasaan, maka menjauhinya adalah sebaik-baik tindakan. Kebiasaan mengundang kebinasaan.
Hukum Menyanyi Lagu-lagu Kasih
Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad S.A.W membenarkan hamba menyanyikan lagu berbentuk kasih (jiwa) dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah S.A.W menyuruh Aesyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aesyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl” (Hadith riwayat Ibnu Majah)
Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadith Nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadith lain, diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, Rasulullah S.A.W menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang mengandungi unsur-unsur tentang cinta.
Islam Dan Cinta
Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah Rasulullah S.A.W menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadith: Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Tanamkan dalam diri anak-anak kamu rasa cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al Quran” (el Hadith) Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi S.A.W bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.
Remaja bercinta bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata. Remaja mesti ada rasa tanggungjawab. Manakala dalam hal lain dan bukti dimana cinta dibolehkan mengikut panduan kisah Nabi Yusuf a.s dan Zulaikha boleh dijadikan panduan. Allah Taala menyebut dalam Al Quran: Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu, kalaulah dia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu)” Yusuf (12:24)
Nabi Yusuf a.s berjaya mengawal diri dari terjerumus dalam cinta yang membawa jenayah zina. Islam menggariskan beberapa panduan dalam menjaga tatasusila masyarakat terutama hubungan antara lelaki dan perempuan, antaranya: (1) tidak dibenarkan pergaulan bebas.
(2) tidak duduk berdua-duaan tanpa mahram.
(3) menjaga adab pertuturan dan berpakaian.
(4) menjaga pandangan mata.
(5) ikhlas untuk mengambil sebagai isteri.
Dalam keadaan ini berpasangan dan percintaan dibenarkan. Kesimpulan: Secara umumnya perasaan kasih dan sayang termasuk dalam prinsip dan nilai yang terbaik yang diterima Islam. Kehidupan di dunia menjadi aman dan bahagia apabila makhluk yang ada saling kasih mengasihi antara satu sama lain. Allah Taala sendiri bersifat Rahman (Pemurah) dan Rahim (Pengasih). Islam membahagikan perasaan kasih sayang manusia kepada beberapa peringkat termasuk kepada keluarga, ibu bapa, anak-anak, jiran, bangsa, negara dan Agama. Termasuk dalam kategori cinta juga ialah cinta kepada Allah dan Rasul. Cinta pada Allah ialah cinta hamba kepada Penciptanya dan cinta kepada Rasul ialah pembimbing manusia sejagat kepada Allah dan agama-Nya.
Bagaimanapun, budaya berpasangan dan bercinta tanpa panduan agama dan menurut cara hidup orang Barat yang bebas adalah dilarang kerana membawa kerosakan moral dan akhlak individu dalam masyarakat. Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur, sitematik dan komprohensif. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diinginkan. Dalam masa yang sama menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh setiap manusia serta memperolehi keredhaan Allah Taala. Inilah bercinta dalam Islam, iaitu sebaik-baiknya selepas perkahwinan. Insha-Allah kalau segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah Taala dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, maka Allah Taala akan mempermudahkan setiap urusan kita itu.
Dalam konteks kita yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan takdir-Nya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim serta janji kepada kedua ibu bapa kita. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati dengan cara mengamalkan Islam dalam kehidupan. Matlamat tidak boleh menghalalkan cara
For the 1st tym INSTEDT open a ward huhuhu..not for the h1n1 but more call panic flu laa aiyeee.........high fever aaaaa..cool down man...on duty for two dat...pm shift hmmmmmm new xperien but 'MEMENATKAN' alit bit laaa......hopely be good sooner la...^_^
Human "GETS" and "FORGETS"..
LOVE ALLAH.........