Jan 19, 2010
Dec 1, 2009
Hello dearie December
the end of all the years.
seems ive go thru
the eleven month of this year
-2009-
MyDecember
...........................................................
Nov 18, 2009
Nov 16, 2009
Nov 7, 2009
di hati...
explained by heart.wrote by huda.all those are same with me
Nov 5, 2009
Cheng...
November olredy aiyo...quit fast ooo..^_^
A year to remember la this year 2009..manyak stoli ooo many think happen lo!
2 tyms got flu (bulan 12 hopely xda la ameen hehehe) and many tyms got migrain ow..ow..ow! and many tym crying huhuhu.
Harder year uhuhu tapi banyak mengajar aku la what a life and how to live by this life.bak kata orang-orang the best teacher is xperiance and 100% i agree.So be hepi la what u've been tru all this tym the sadness,hepiness,sillyness ahaha macam-macam la..chayok fatin.Jadikan pengajaraan la smua-smua tu fatin.
.PSY clinic.
[scizoprenia,bipola,depression]
Tersebut la kisah sewaktu aku menjalani praktikal di psy clinic,bertemula ngan MA (medical assistent) yang d kenali sebagai En.Amin..
1st of ol tq la En.Amin banyak bagi tunjuk dan ajaran..walaupun present case hari tu hampeh tul uhuhu~ xsangka poyo2 en.Amin pun..aku kau ja ngan student..but he is a good teacher,a good motivator..aku temakan la kata2 semangat en.Amin senang crita...
terfikir untuk lebih berfikir huhuhu~
Last semester to come next year... am i ready to graduate lalalala~ NsyaALLAH
Be ready la fatin...ajah2 fighty!
Nov 4, 2009
Ingat!!
“Apa yang dimaksud ‘terlajur’ pada ayat ustaz tu?” Tanya seorang pembaca setia laman blog penulis.
“Usahlah ditanya, cukuplah kalimah tersebut menghantui kepala saya sejak kebelakangan ini” Penulis cuba meredakan hati yang sedikit risau melihat gelagat muda-mudi masa kini.
Mungkin para teman dan pembaca tertanya-tanya kenapa terlalu banyak mesej pesanan di yahoo messenger hingga memeningkan sesetengah sahabat-sahabat, tidak cukupkah sekali dihantar?
Penulis terpaksa berbuat sedemikian bagi menjawab banyak pertanyaan sama yang diajukan di dalam e-mail, bahkan yang terbaru betul-betul menguji kesabaran penulis. Apakah ini yang dikatakan darah muda yang berani memperlakukan perbuatan terkutuk ini?
Ada yang mengaku telah ditebuk oleh teman lelaki, terkapai-kapai mencari jalan pulang kepada-Nya.
Allahu Rabbi…!
Namun paling merisaukan penulis, penyakit kronik ini berlaku di kalangan anta anti yang mempunyai asas ilmu agama sebagai pendiding. Ingatkan cerah hingga ke petang, hujan pula dipertengahan.
Inilah yang penulis persoalkan.
وَمَن كَانَ فِى هَـٰذِهِۦۤ أَعۡمَىٰ فَهُوَ فِى ٱلۡأَخِرَةِ أَعۡمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلاً۬
Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya” al-Israa’ (17:72)
Ada yang berpendapat fatrah masa pertunangan adalah waktu untuk berkenal-kenalan, jadi apa salahnya untuk keluar bersama ke taman-taman rekreasi, pusat hiburan dan sebagainya. Ini adalah pandangan yang fasad dan tidak diiktiraf oleh agama. Mana tidak semua hujah atau dalil tersebut berbaur khayalan dan bayangan iblis bagi memuaskan nafsu semata-mata.
Pendirian penulis berkenaan dengan no couple sebelum kahwin sememangnya tetap tegar dari sekolah, universiti sehinggalah penulis akan merasai nikmat berkahwin itu sendiri. Mungkin penulis antara individu yang amat tajam dalam mengkritik individu yang bercinta hingga meleret-leret sebelum kahwin.
Terkadang terasa rimas dengan sikap sesetengah daripada kawan-kawan yang bercinta kononnya, sungguh mengajar erti kesabaran. Mabuknya melampau-lampau. Tunduk ego kelakian, dan lembik tengok para wanita.
Bahkan penulis sering beranggapan golongan yang bercinta sebelum kahwin ini kadang-kadang boleh menjadi munafik. Bagaimana pula? Kenapa tidak, semasa bercinta semuanya sikap yang baik-baik ditonjolkan, daripada cakap-cakap romantik, hadiah yang tidak pernah putus-putus, puji-pujian yang melangit dan sebagainya. Tetapi selepas kahwin, berapa ramai yang kekal dengan lakonan masa cinta tengah mekar subur sebelum ini, jarang sekali akan ketemu mereka yang masih ingat pada skrip yang pernah dihamburkan dulu.
Inilah salah satu puca perceraian yang tinggi di tanah air kerana pasangan berasa tertipu selepas belang sebenar pasangan mereka terdedah bilamana merasai sendiri bayangan rumahtangga yang sebenar.
TIADA MATLAMAT HIDUP JELAS
Bagi yang sudah terdedah dengan gaya hidup bebas, keluar bersama untuk dating, beriba dan bertepuk tampar bukanlah sesuatu yang pelik. Penulis terkedu mendengar kisah hidup masyarakat muda-mudi Malaysia yang sudah ala-ala barat. Masalah ber-couple dan membawa balik pasangan ke rumah sudah menjadi perkara biasa, yang hairannya ibu bapa sendiri yang merestui hubungan haram itu.
Belum cerita lagi tidur sekatil yang makin menjadi ‘biasa’. Maksiat? Dosa? Semunya tidak terasa dek kerana matlamat menghalalkan cara.
“Niat kami baik, bukan nak main-main pun, sampai masa kami kahwin la. Kamu sibuk kenapa? Macamlah baik sangat”
Biasa dengarkan ayat di atas?
Lain pula ceritanya dengan pasangan yang berkopiah dan bertudung litup, terkadang penulis tergelak keseorangan dengan lakonan wara’ mereka. Berhenti solat di masjid semasa keluar bersama, maklumlah alim dan wara’, miscall qiamullail, sms tazkirah dan sebagainya antara skrip murahan harian mereka.
Mabuk orang bercinta ni memang dahsyat. Mengapa mabuk, rindu dendam yang sama tidak diaplikasikan dalam bercinta dengan Allah Taala. Pelik bukan? Mulut kita mengaku cinta Allah Taala, sayang Rasul s.a.w, namun amalannya masih jauh daripada hakikat sebenar.
“Macam mana nak kenal peribadi bakal isteri kalau tak bergayut dulu” antara alasan yang pernah diberikan kepada penulis.
Teringat penulis cerita lama orang tua kita yang berkahwin dan hanya mengenal pasangan masing-masing pada hari perkahwinan. Bahagia mereka lebih daripada pasangan moden yang kenal sampai ke dalam kain sebelum di-Ijab dan Qabul.
Pastinya kenyatan ini dijawab kembali: “
SAY : “NO COUPLE”
Persoalan cinta sebelum kahwin ini merupakan tajuk yang panjang. Cinta tidak semestinya membawa kepada couple, namun bahkan cinta boleh menjadi wasilah kepada mungkar lain yang mungkin berlaku tanpa couple.
وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٲجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٍ۬ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا
Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan orang orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa” al-Furqan (25:74)
Magnet jantina ini sebenarnya satu fitrah dalam kehidupan manusia. Hal ini bukanlah perkara baru bagi kehidupan pelajar ditambah lagi dengan faktor umur di alam kampus tarikan untuk berpasang pasangan merupakan perkara lumrah dan mendarah-daging dalam diri mereka.
Perkenalan di alam sekolah, kenal semasa kursus persediaan, kenal sebab sekelas atau satu universiti, kenal kerana pertukaran nota, bahkan kenal sewaktu sama-sama berprogram merupakan noktah pemulaan kepada eposid cinta remaja, mungkin cinta monyet.
Jadi bagi yang sudah bermula untuk mencari, semak balik niat anda. Bagi yang sudah tersasar jauh jadikan cinta Allah Taala benteng ampuh dalam mengawal karenah cinta anda yang bergelora. Akhirnya pesanan penulis kepada semua yang ingin dan tengah bercinta, jangan jadikan couple anda punca tawar hubungan suami isteri selepas kahwin.
Mengapa perlu mencari marah Allah Taala semata-mata mencari bahagia manusia yang tiada jaminan.
Jauhilah maksiat bercinta sebelum kahwin, sinonimnya cinta monyet ini.
“Ya Allah. Kami ingin belajar untuk mentaati perintah-Mu. Kami belajar untuk menjadi hamba-Mu yang soleh dan solehah. Kami seringkali jatuh dan bangun, jatuh dan bangun lagi, dan lagi. Semoga kami terus dipimpin oleh-Mu, duhai Allah”. ameen
Nov 3, 2009
But today,your unusually kind words made me really ashamed of myself...
The sky's too clear and without a single cloud...
As if I can see beyond the horizon..
Someone disgraced me,so ive been betraying other too...
I been quietly laughing at the sillyness of love..(ba'ka)
The waves are shimmering at the distance.
Neither the sad nor wonderful things..
Rush..hushhush!!
hurry up..!!!
chayok2...final to come hehehe ^_^
semangat!
Oct 18, 2009
live.like.i'm.dying.
PapaDom
Sep 12, 2009
Sep 11, 2009
past.present.future.
.rather than thinking the past, we need to focus on doing everything right now.
Sep 7, 2009
penat!!
Sep 5, 2009
Lembaran Baru
Bukalah lembaran baru yang bersih. Dua Lembaran baru;
- pertama, kepada Allah, dengan taubat yang sebenarnya iaitu taubat nasuha.
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31)
- Kedua, lembaran kepada Nabi Muhammad s.a.w, dengan menjalankan sunnah-sunnahnya dan melanjutkan risalah dakwahnya.
- Kepada orang tua, isteri/suami, anak dan kaum kerabat, dengan mempererat hubungan silaturahim.
- Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.
- Mereka yang ada penyakit, pergilah berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat cara pemakanan ubat yang betul supaya kekal sihat dan kuat. Ini kerana ibadat puasa me merlukan kekuatan fizikal.
- Jika sihat, jangan berbuka sewenang-wenangnya sebab sekali berbuka puasa tanpa sebab padahnya sangat besar dan amat rugi kerana ganti puasa satu hari puasa yang ditinggal tanpa sebab tak dapat ditebus walaupun sepanjang tahun ber puasa.
- Berbisiklah pada diri, berkemungkinan puasa kali ini adalah puasa yang terakhir dalam hidup anda sebab umur adalah dalam kekuasaan Allah. Semoga Allah s.w.t me manjangkan usia kita sehingga dapat berpuasa sepenuhnya kali ini.
Sep 3, 2009
Positive Aura..
1. Think positive..
2.Do thing yang positive-positive aja..
3.Dengar lagu dat can motivated self!
4.Quote's yang kin semangat aja!
5.less cry!!
6.Banyak-banyak doa..
7.Drink alot of water..sihat=positive ya!
SEMANGAT
Sep 2, 2009
did i?
# ada sahabat yang setia dan sentiasa b'usaha m'bw k'baikan dlm hidup sahabatnya#
# ada sahabat yang hadir hanya ketika kita gembira,apabila kita ditimpa k'susahan,mereka tergamak m'biarkan kita menderita sendiri#
[try to copy original punya ni knun suka tul buat mcm ni m',b'...huhu]
......ada lg
#sabda Nabi : Tidaklah orang yang bersahabat walau sesaat dari hari kecuali akan ditanya perihal persahabatannya pada hari kiamat,apakah ia menegakkan hak-hak ALLAH atau
mensia-siakannya.Sebaik-baik teman menurut ALLAH adalah yang paling baik pada temannya,sebaik-baik tetangga adalah mereka yang paling baik dengan tetangganya.
Hadis riwayat Tarmizi.
waaa..dunno pa juga fikir masa tu ahaaa....then last sekali i found i've wrote this.....
''Did i become a good fren ?"












