HEART THIS!!
Apakah kau tahu lumrah pejuang?
Tidak dapat tidak, dua perkara daripadanya tidak akan terpisah.
Cabaran dan pengorbanan.
Kau diminta untuk memahami, tanpa kau perlu difahami. Kau diminta memberi, tanpa kau perlu memberi. Kau menongkah cabaran itu dan ini, tetapi kau tetap perlu mengorbankan itu dan ini. Kau ke mana sahaja wahai pejuang, pergilah ke mana sekalipun, selagi kau berjuang dan menjadi pejuang, kau memang akan menghadapi cabaran, dan kau perlu berkorban.
Orang lain tak akan memahami. Dan tiada antara mereka yang mahu memahami.
Lumrah kau di atas jalan perjuangan ini.
Sampai satu tahap kau rasa sendiri. Timbul rasa benci. Tambah rasa sakit hati.
Betapa kau lihat manusia-manusia lain begitu jelek dengan perangai mereka.
Sungguh, mereka meminta kau memahami, tetapi kau langsung tidak difahami mereka.
Manusia lain terbatas dalam mengenalimu. Mereka hanya tahu satu daripada beberapa juzu’ kehidupanmu dan berkata ini dan itu. Kau lakukanlah apa sahaja, mereka tetap tidak akan memahamimu.
Jangan kau minta manusia memahamimu. Jangan kau minta manusia menghargaimu. Mereka tidak akan memberikannya sehingga puas hatimu. Kerana mereka dengan hidup mereka, dan mereka bukannya kamu. Mereka juga menagih pemerhatian orang lain dan mengharapkan yang lain menuruti kepuasan mereka. Yang tidak mempunyai apa-apa, memang tak akan mampu memberikan kau apa-apa.
Tetapi Dia punya segalanya.
Dan Dia bukan penipu. Merapatlah kepadaNya. Sungguh Dia akan membantumu.
Sungguh, yang paling memahamimu adalah Dia.
Selainnya tiada.
2 comments:
Pembetulan:
*Fabima rahmatimMina Allahi linta lahum. Walaw kunta fazzan ghalizal qalbi lanfaddu min hawlik. Fau’fu ‘anhum wastaghfir lahum...
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah(kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (megenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka,
(ali imran 159)
Post a Comment