roti.bakar : ). Powered by Blogger.

Sep 5, 2009

Lembaran Baru

Tinggalkan dosa dan maksiat. Anggaplah Ramadan kali ini sebagai satu ‘madrasah’ (sekolah) dan pusat latihan yang berkesan mengubah hati, akal dan nafsu yang selama ini menjadi pak turut kepada syaitan yang menjadi seteru Allah.

Bukalah lembaran baru yang bersih. Dua Lembaran baru;
  • pertama, kepada Allah, dengan taubat yang sebenarnya iaitu taubat nasuha.

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31)

  • Kedua, lembaran kepada Nabi Muhammad s.a.w, dengan menjalankan sunnah-sunnahnya dan melanjutkan risalah dakwahnya.

  • Kepada orang tua, isteri/suami, anak dan kaum kerabat, dengan mempererat hubungan silaturahim.
  • Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.
  • Mereka yang ada penyakit, pergilah berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat cara pemakanan ubat yang betul supaya kekal sihat dan kuat. Ini kerana ibadat puasa me merlukan kekuatan fizikal.
  • Jika sihat, jangan berbuka sewenang-wenangnya sebab sekali berbuka puasa tanpa sebab padahnya sangat besar dan amat rugi kerana ganti puasa satu hari puasa yang ditinggal tanpa sebab tak dapat ditebus walaupun sepanjang tahun ber puasa.
  • Berbisiklah pada diri, berkemungkinan puasa kali ini adalah puasa yang terakhir dalam hidup anda sebab umur adalah dalam kekuasaan Allah. Semoga Allah s.w.t me manjangkan usia kita sehingga dapat berpuasa sepenuhnya kali ini.

No comments: